Dec 25, 2012

Muffin Keju Badam Potong

Assalamualaikum.

Dengan sesuka hatiku mengubah nama sebenar muffin tersebut. Sebenarnya Muffin Keju Chip Coklat, tapi disebabkan oleh chip coklat dekat rumah di masuki semut, terpaksalah saya menukarnya dengan badam. 

Tak mengapalah, dah memang rezeki semut mut mut tu, takpe takpe *pijak-pijak semut tu.


Om nom nom nommm :3

Bahan:
220g tepung gandum
10g serbuk koko
150g minyak masak(fiqa guna minyak jagung)
150g susu segar
50g cheddar(parut halus)
150g gula perang
13g serbuk penaik
1sudu teh garam
2biji telur
kacang badam secukupnya
cawan muffin

Dalam mangkuk adunan, satukan minyak,susu segar, gula perang, telur dan garam.
kacau hingga sebati.
Ayak tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik ke dalam mangkuk lain.
Masukkan keju dan gaul rata.
Tuangkan adunan cecair ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul dengan senduk hingga sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.
Panaskan ketuhar terlebih dahulu.
Tuangkan adunan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh.
Tabur badam.
Bakar selama 20minit/200'C.

sebelum


selepas


Untuk memastikan muffin telah masak sempurna, cucuk muffin dengan lidi hingga ke dasar muffin tersebut dan tarik semula keluar.
Jika ada yang terletak pada lidi, muffin belum masak lagi.

RM2 untuk 1 cup.

Dec 24, 2012

Pizza Daging

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirahim.
Selesai membuat Pizza daging tadi petang pada 24/12/12, di atas permintaan akak ''tersayang''. Ngada-ngada betul dia, nasib baik ada adik yang sangat ''rajin'', ehem apa salahnya sekali-sekala masuk bakul angkat sendiri. Geli pembaca membaca post kali ini. Mohon maaf ya.

Bahan doh:
500g tepung roti(Fiqa guna tepung blue key halus lagi putih)
10g yeast/mauripan
1tbs gula
1/2tbs garam
1cawan air suam
sedikit oregano
1tbs butter/olive oil

Larutkan serbuk yeast/mauripan di dalam cawan berair suam.
Kacau dan biarkan hingga berbuih dalam masa 10minit.
Kemudian campurkan dengan gula dan kacau lagi.
Masukkan tepung , garam dan oregano ke dalam bekas.
Gaul rata.
Masukkan air bancuhan tadi dan uli doh tersebut sehingga lembut.
Jika kurang air, tambah air, jika terlebih air tambah tepung.

Macam tak biasa pula, hehe.

Uli sehingga lembut, letak butter/olive oil dan uli semula.
Tutup doh dengan kain basah.
Biarkan selama 1jam.
Doh akan bangkit/naik/ehem-ehem/janji naik.




Tengoklah betapa naiknya dia.
Bahagiakan jadi 2 bahagian.
Letak dalam loyang dan tekan doh menyebar ke serata tempat.





Bahan toping:
Sos tomato 
Sos cili
Daging kisar
Hot dog
Isi ketam
Oregano
Cendawan butang
Mozarella/Parmesan




Kiri: kalau dekat Pizza H** 
Kanan: kalau buat sendiri
Mohon jangan cakap pada sesiapa. Jahat betul fiqa ni.
Sapu rata sos tomato & sos cili.
Tabur daging kisar.
Bakar 20minit/180'C
Tabur hot dog,isi ketam, cendawan butang dan oregano.
Tabur keju.
Bakar 10minit/180'C

Siap!





Ada juga cara lain di mana daging kisar itu ditumis seketika bersama bawang besar.
Masak hingga separuh masak kemudian terus tabur di permukaan doh bersama-sama bahan toping yang lain.

Sup Cendawan

Assalamualaikum.

Selepas Garlic Roll kita buat Sup Cendawan pula sebab bila mereka berdua bergabung, mengandung! Eh. 

Bahan-bahan:

1tin cendawan butang(dikisar jangan sampai halus sangat)
3tbs tepung gandum*
1tbs tepung jagung*
3/4 cawan susu segar*
1/2tbs garam(ikut cita rasa sendiri)
1 ulas bawang besar(potong dadu)
air secukupnya.

Cara:
Satukan tepung gandum &tepung jagung dalam mangkuk, masukkan 1cawan air.
Kacau bahan tersebut hingga tidak berketul-ketul.
Panaskan air secukupnya(separuh bekas tersebut).
Masukkan bawang.
Tunggu hingga menggelegak.
Masukkan tepung gandum & tepung jagung(tapis dahulu).
Masukkan bahan lain.
Rasa sup tersebut, jika cair boleh tambankan lagi bahan yang bertanda *




RM10 untuk 1 adun, dapat 2 bekas besar.

Garlic Roll

Assalamualaikum.

Garlic Roll ini sebenarnya roti yang di mana bahagian dalamnya ada sedikit garlic. Rasanya? Ehem, 1 family cakap sedap. Lembut dan gebu. Eh bunyinya macam pelik pula. Biarkan sahaja. 


Bahan Roti:
3 cawan tepung gandum (Fiqa guna tepung roti)
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil

Campur semua bahan kecuali minyak dalam bekas, uli sehingga menjadi doh yang lembut. 
kemudian letak minyak dan uli lagi hingga sebati. 
Biarkan doh rehat dalam masa 45minit dan pastikan bekas doh di tutup dengan kain bersih lembap. 
Doh akan naik sekali ganda.
Sementara tunggu doh naik, sediakan Garlic Spread pula.

Setelah doh naik, uli sekejap dohnya. 
Bahagikan jadi dua doh yang sama berat/saiz. 
Gelek doh menjadi 4 segi sama. 
Sapukan Garlic Spread di atasnya dan gulung doh tersebut. 
Potong doh menjadi 4 bahagian. 
Setelah kedua-dua doh dipotong, akan jadi 8bahagian/8roll.

Sapu sedikit butter pada tray, susun doh dan tutup semula doh dengan kain lembap.
Tunggu 30minit untuk doh naik sekali ganda lagi(penat menunggu je hehe).
Sapu kuning telur pada bahagian atas Garlic Roll.
Bakar selama 20minit/180'C.

Untuk pastikan roti sudah masak sepenuhnya, jentik bahagian bawah tray, jika berbunyi ''kosong'', roti tersebut telah masak.


Bahan Garlic Spread:

50 gm Butter bergaram (suhu bilik)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)

2 pokok daun ketumbar (dicincang halus)
secubit garam
sedikit lada hitam kisar 
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan

Lebih sedap jika kita makan bersama Sup Cendawan yang panas.
Ya Allah, lapar pula perut ini.







RM10 untuk 1 adun.


Pertama

Assalamualaikum. 





Alhamdulillah kembali semula aktif dalam bidang penaipan blog yang tidak seberapa ini. Bukan lagi untuk menceritakan hal peribadi mahupun hal ehem-ehem, cuma ingin berkongsi apa yang saya tahu. InsyaAllah dapat dimanfaatkan untuk semua orang yang minat, maksud saya minat, minat dalam bidang masakan^^

Okay ayat di atas sungguh skema sehingga gugur bulu roma saya menaipnya. Apa-apa pun saya akan cuba yang terbaik untuk berkongsi apa yang saya tahu.